CHOKILALA

PREVIOUS POSTS

KAWAII






LABELS

ARCHIVE

SPONSORED LINK

SEARCH THIS BLOG..

FAVOURITES



link me by clicking banner
modern template only
added as page element


bookmark me!

Add Me!

for classic template users : copy image

.


sekadar nak berkongsi sesuatu yang bermanfaat..

aku xla baik sgt, dan aku juga xla jahat sgt plak mcm setan(mesti kwn2 aku ramai yg xsetuju nie).. lol.. pernah tgk x azan kat tv9? bdk kecik lelaki yg azan.. sore dia tersangat la sedapnya, sgt menenangkan utk di dengar.. i likeeeeeeee!
:snow02:
lawatan berkala ke blog org lain, lalu terjumpa entry ttg adik nie.. aku ada full album adik nie, so kpd sesape yg berminat bole la msg aku kat YM - i . izah @ yahoo . com (without spaces)

for now, aku kasik sket preview sore adik nie.. xtau nape, tp aku suka ayat yg track num 3 nie.. sore dia sgt lembut.. n lagu dia baca tu bes, mcm tgh nyanyi(tarannum ke pe eh nama benda tu, aku xtau!).. kuikui.. sgt sesuai didengar utk menenangkan jiwa2 yg kacau itu.. uhuks.. enjoy..

download preview kat sini >> [link]

sedikit info ttg adik Muhammad


Profile adik Muhammad :

Adik Muhammad Bin Ahmad Zahid, 12 tahun, mula mendapat perhatian umum apabila beliau berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran pada usianya 10 tahun sekaligus melayakkannya di gelar sebagai Al-Hafiz. Beliau yang turut popular dengan gelaran Hafiz Kecil kini tampil dalam album bacaan Al-Quran berjudul Juzuk ‘Amma - Adik Muhammad Al-Hafiz yang merupakan satu lagi album di bawah siri Mutiara Wahyu terbitan Islamic Media Edutainment dengan kerjasama Nile Production.

Adik Muhammad Al-Hafiz yang merupakan Johan Pertandingan Hafazan Peringkat Kebangsaan tahun 2007 bagi kategori 15 juzu’ pernah diundang mengalunkan ayat suci di Venna, Austria yang disiarkan melalui rancangan televisyen di seluruh Timur Tengah dan Benua Eropah.

Album ini menampilkan beliau membacakan ayat-ayat dari keseluruhan surah di dalam juzuk ‘Amma mulai dari surah Al-Fatihah hinggalah ke surah An-Naba’ dan bacaannya disemak oleh Ustaz Kadri Bin Abdul Hamid Al-Hafiz. Istimewa di dalam album ini, Adik Muhammad Al-Hafiz turut mengalunkan Azan sepertimana yang biasa kita lihat penampilan beliau di TV9 mengalunkan azan pada waktu Zohor dan Asar.

Album Juzuk ‘Amma - Adik Muhammad Al-Hafiz ini sangat baik didengari bagi mewujudkan aroma ketenangan dan rasa dekat dengan Tuhan. Bacaan beliau yang turut dipengaruhi bacaan imam-imam terkenal seperti Sheikh Sudais, Saad Said Al-Ghamidi dan Syuraim pastinya menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya. Album ini kini boleh didapati di pasaran edaran Inteam Records dengan harga RM 16.90 bagi CD dan RM 9.90 bagi kaset.
Sumber dicilok dengan kebenaran daripada blog ini =)

Labels:



pecah kaca, pecah simen
sudah baca, harap komen


chokilala BLOGGED @ 6/06/2008 09:58:00 PM l 5 Comment(s)


Template 101% self-coded by Chokilala
http://www.chokilala.com
Back to Top